Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

Standard Prestasi Tingkatan 1 PSV

rujuk di sini untuk kefahaman mengenai Standard Prestasi Tingkatan 1 PSV...blog ini banyak membantu saya untuk lebih memahami mengenai pbs... http://www.pbsseni.com/2012/04/stadard-prestasi-tingkatan-1-psv.html

Contoh Eviden

Eviden yang dihasilkan oleh Pn Nik Ruslah, J.U.K PBS seni kita dari SMK Seri Ampang, Alor Setar Kedah. Tq. Kak Nik.. semoga contoh ini mampu menerangkan kepada cikgu lagi bagaimana eviden eviden boleh digabungkan. Instrumen lukisan Instrumen lukisan
View more PowerPoint from akulersifuweii
"> Contoh instrumen catan pbs
Contoh instrumen catan pbs
View more PowerPoint from akulersifuweii

Soalan tentang FAIL PBS

Soalan tentang FAIL PBS ini ialah soalan megenai PBS psv untuk kefahaman guru2....saya amik keterangan ini d http://www.pbsseni.com/2012/04/soalan-tentang-fail-pbs.html tqvm di harap keterangan ini dapar membantu guru2 utk memahami pbs psv dengan lebih cepat Fail di cadangkan oleh Pihak Operasi Lembaga Peperiksaan ialah dua (2) sahaja, iaitu fail perkembangan murid . Semua pelajar WAJIB ada fail ini. Semua eviden mereka dimasukkan didalamnya ( terbaik diketika cikgu taksir) dan dalam fail itu dicadangkan buat pembahagian untuk matapelajaran supaya hanya 1 fail sahaja untuk setiap pelajar. Kenapa 1 fail kenapa tak ada 10 fail.. satu matapelajaran satu fail.. antara faktor lembaga bagi cadangan macam ini sebab masalah penyimpanan. Banyak tu.. nak simpan fail jek.. Dan 1 lagi ialah Fail Showcase.. Isi fail ini ialah eviden terbaik pelajar sama ada 1 fail untuk 1 kelas atau 1 fail untuk 1 tingkatan.. pilih la mana satu. Caranya lebih kurang sama ngan fail pelajar pelajar Cuma.. dalam fail showcase ini ialah eviden terbaik dari yang terbaik seseorang pelajar. Maksudnya.. JIka Ahmad adalah pelajar yang terbaik dan mempunyai eviden terbaik dalam matapelajaran seni bagi keseluruhan tingkatan, maka eviden Ahmad hendaklah dipindahkan ke fail sHowcase. Pergerakan eviden ini hendaklah dicatatakn dalam fail perkembangannya. Macam seperti yang sy dah tulis dalam jawapan kepada soalan Aidalie, ialah Pihak sekolah cikgu berhak untuk membuat banyak fail , nak buh 10 fail ke.. 12 fail ke.. 1 matapelajaran 1 fail ke.. tetapi keputusan itu hendaklah dibuat dalam mesyuarat PBS sekolah dan hendaklah dipersetujui oleh semua dan diminitkan. Banyaknya fail ini sebenarnya ditentukan oleh beberapa faktor antaranya ialah kewangan, pengurusan dan penyimpan ,Minima failnya mestilah 2. 1 fail perkembangan dan 1 fail showcase. Ok.. berbalik kepada kekeliruan mengenai apa sebenarnya yang kena isi dalam fail showcase untuk mata pelajaran seni sahaja. Sebab setiap matapelajaran evidennya berbeza beza. Dalam fail Showcase, mesti ada eviden terbaik dari yang terbaik sama ada dalam kumpulan 1 fail showcase untuk 1 kelas atau 1 fail showcase untuk satu tingkatan. Apa yang bakal sy terangkan ialah contoh untuk 1 fail bagi 1 tingkatan. Jika tingkatan satu (tahun semasa) ada 5 kelas dengan jumlah pelajar ialah 150orang. Fail showcasenya ada 1 sahaja. Maka dalam Fail showcase tu hanya menyimpan eviden terbaik antara terbaik dalam 150 orang pelajar tersebut bagi setiap matapelajaran. ( dalam 1 fail showcase isikan semua matapelajaran. Buat partition/pembahagian ). OK..cikgu dan my dear friend semua.. cikgu cikgu clear tak penerangan saya ni.. ( hahah ayat ni selalu sy guna..clear water) Eviden terbaik yang dimaksudkan yang harus disimpan didalam fail showcase untuk matapelajaran seni bermaksud…. Dalam Pendidikan seni visual tingkatan 1, ada 7 aktiviti yang wajib kita taksir. (ini tak termasuk yang band 1 dan 2 ekk sebab kita membicarakan yang terbaik. Ada yang terkeliru.. maksud yang terbaik ialah 7 aktiviti yang kita taksir itu.. yang terbaik daripada 7 aktiviti tu kita masukkan dalam fail showcase. Contonya aktiviti Arca yang terbaik daripada 7 aktiviti tu.. maka hanya Arca sahaja dimasukkan dalam Fail Showcase.. hehhehe SALAH TU CIKGU.. saya perbetulkan ye.. kalau cikgu dah dapat maklumat begitu.. ok cikgu. Macam ni sebenarnya…jeng.. jeng.. jengg… 7 aktiviti yang sy maksudkan ialah: 1. Lukisan 2. Catan 3. Arca 4. Cetakan 5. Poster atau papan tanda 6. Tembikar 7. Anyaman Ok.. ini yang sy maksudkan dengan aktiviti. Maka kesemua eviden terbaik untuk aktiviti ini mestilah dimasukkan dalam dalam fail Showcase. Bukan 1 daripada aktiviti diatas. Salah.. salah.. salah.. hehhee.. contohnya untuk aktiviti catan.. Ali bin Ahmad mendapat band 6 bagi aktiviti ini.. maka eviden Ali bin Ahmad simpan dalam fail showcase, Untuk Lukisan mungkin eviden Abu pulak.. cam tu la.. so minima dalam fail showcase eviden terbaik bagi matapelajaran seni wajib ada 7 hasil karya berdasarkan aktiviti diatas. Itu hanya untuk karya sahaja.. untuk eviden lain pulak.. contoh B6D4E1 Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri, warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar Negara. Hendaklah di simpan juga yang terbaik juga. Eviden terbaik yang dipindahkan ke fail showcase hendaklah ditulis pergerakannya didalam fail pergerakan. Bila ia bergerak dan dimana ia diletakkan. Ok.. siapa plak yang kena masukkan eviden dalam fail Showcase ni??? Hahha jawapannya ialah GURU MATAPELAJARAN la.. kalau suh s.u pbs.. tumpo dema weh .. bukanya dema paham mana satu nak masukkan..hehee..sebab mereka ya tahu siapa yang terbaik. Fail Showcase tu kenalah diletakkan dikawasan yang mudah dicapai oleh guru. Jgan masuk Peti Besi.. kang payah cikgu nak kuar masuk kan eviden.. Bila la masa nak masukkan nya dalam fail Showcase.. masukkanlah bila bila masa yang cikgu rasa sesuai.. kalau nak letak tarikh pun buleh.. bincang la dalam mesyuarat PBS.. ok cikgu..

Hari Kraf Kebangsaan 2012



Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) yang akan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran kali ke 10 tahun ini memaparkan konsep 'Pop Art' dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran.

Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hari Kraf Kebangsaan 2012 menampilkan tema "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.
Check out the Hari Kraf Kebangsaan 2012 NationalCraftDay at Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay from 21 March - 2 April 2012 from 10am until 10pm.
Activities:
- Craft Exhibitions
- Crafts Sale
- Craft Demonstrations
Admission is free.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 `2012`

Backdrop di sediakan oleh Panitia Seni dengan bantuan pelajar dari persatuan seni dan di pantau oleh Pn.Intan..Tema backdrop pada tahun ini ialah Batik.. terima kasih kepada guru dan pelajar yang telah terlibat dalam menyediakan backdrop ini samada secara langsung atau tidak langsung..Thanks a lot..sharing is caring

Kursus Perintis Bengkel Gamelan 2012 di SMK SERI SAUJANA

Seramai 8 orang pelajar SMKCS telah terpilih untuk mengikuti kursus Bengkel Gamelan  di SMK Seri Saujana, Bengkel ini sangat istimewa kerana pelajar  di ajar asas asas cara bermain alat muzik Tradisonal Gamelan...Tenaga Mengajar ialah terdiri daripada Pemain Gamelan dari Istana Budaya,..
Di bawah ni ialah tenaga pengajar kami semasa di SMK Seri Saujana..diorang mmg hebat awesome...
Melihatnya secara langsung sangat hebat...Teasara berada di Zaman Kesultanan :) ..

Sekitar Bengkel perintis Gamelan....


Add caption











 


Guru terlebih dahulu di beri tunjuk ajar cara bermain gamelan...

Tenaga Pengajar Professional..

PERSOALANYA..MAMPUKAH SMKCS MASUK PERTANDINGAN GAMELAN DI ISTANA BUDAYA PADA 11 FEB 2012 ? Sekolah kita tidak mempunyai peralatan untuk Gamelan..
baca lebih lanjut mengenai Gamelan ------>  http://gamelan.terengganu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=24&lang=ms


Gong Xi Fa Cai

Gong Xie Fat Cai buat semua warga SMKCS ,may GOOD HEALTH, PEACE, PROSPERITY,HAPPINESS and LONGETIVITY be with you and great SUCCESS in making BETTER & GREATER THINGS HAPPEN! AMIN.

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI