Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

Hi-Tea Legend Hotel Kuala Lumpur

Hi-tea on 1 oktober 2011 with a theme..~~smart and casual+ Blink blink~ check it out..












RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan Piala Pusingan Datuk Bandar dan replika cek kepada Pengetua SMK Convent Sentul, Tan Tee Hwa

Jadikan CSR platform jayakan LA21 KL


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan Piala Pusingan Datuk Bandar dan replika cek kepada Pengetua SMK Convent Sentul, Tan Tee Hwa (kiri) pada majlis Anugerah Kecemerlangan Projek Bintang Cemerlang Bandaraya Sejahtera LA21 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut kelihatan, Ahmad Fuad Ismail.


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mahu lebih banyak syarikat swasta tampil menggunakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka sebagai platform untuk menjayakan Program Agenda Tempatan 21 (LA21) Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selaku rakan kongsi, penglibatan mereka amat diperlukan untuk bersama-sama merancang, mencapai kata sepakat dan bertindak terhadap isu-isu yang mempengaruhi kualiti kehidupan masyarakat.
Beliau berkata, projek Bintang Cemerlang Bandar Raya Sejahtera dengan kerjasama Sentul Raya Sdn. Bhd. sejak empat tahun lalu antara contoh terbaik kerana ia bukan sekadar satu program CSR bagi syarikat itu tetapi satu komitmen yang berkait rapat dengan kejayaan projek Urban Renewal Sentul yang sedang dilaksanakan.
"Matlamat program ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan holistik pelajar menerusi kejayaan akademik tetapi juga penghayatan terhadap seni, pemuliharaan alam sekitar serta kecemerlangan sukan.
"Kesemua itu adalah seiring dengan matlamat LA21 KL yang mahu melahirkan modal insan yang bukan sahaja mampu menguasai ilmu dan kemahiran tetapi juga berketerampilan dan berperibadi mulia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Pusingan Datuk Bandar Ke-4 bagi Projek Bintang Cemerlang Bandaraya Sejahtera LA21 KL di sini baru-baru ini.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Pengerusi LA21 KL, Datuk Normah Malik dan Pengarah Eksekutif Sentul Raya, Datuk Seri Micheal Yeoh.
Tambahnya, program yang pada mulanya hanya melibatkan lapan buah sekolah di Sentul, kini telah berkembang dengan penglibatan 20 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul dipilih sebagai johan sekali gus menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan Piala Pusingan Datuk Bandar.
Naib Johan disandang SMK Sri Pantai diikuti tempat ketiga, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Chi Man manakala bagi Kategori Sekolah Berpotensi, SJK (Tamil) St. Joseph dipilih sebagai pemenang.

Minggu Akademik `Panitia Seni`

Meriah pertandingan karaktor oleh pelajar...pelajar menunjukkan kreativiti masing2....

Tahniah Kelab Koir Smkcs

 Tahniah kelab koir smkcs kerana berjaya mendapat naib johan utk pertandingan nyayian lagu patriotik antara kelab rukun Negara....Convent Sentul Hebat

Minggu Akademik `Panitia Seni`

Minggu akademik di adakan pada 30 Jun 2011 dengan pelbagai aktiviti menarik, antara aktiviti yang d anjurkan oleh panitia seni ialah pertandingan makeup karektor, paper sculpture 3D dan juga pertandingan melukis komik. Tahniah kepada Semua pemenang...yang gagal dengar kata inpirasi ini  Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

Jom tengok candid semasa aktiviti ini diadakan
 comey puteri smkcs
 team group
 Chu Yi Sin sedang mencari ilham
Tahniah Kalai
 tahniah Marisya
 Sreevina pelajar  berseni tahniah
 terima kasih Pn.Mashitah
 tahniah....

happy teachers day...

Happy Teachers day to all smkcs teacher..we love each other..


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI