Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

always to make your art class enjoyable

Ragam pelajar form 2 semasa membuat Batik ikat dan Celup untuk Folio KRSV mereka....


engage the creative side while broadening experiences

Cikgu pesan suruh bawak apron..tp dia buat apron pakai newaspaper ..itu lah yang di namakan menggunakan kreativiti :)..

POsim nampaknya cik adik ni :)

ni nk masak ataw nk buat keje seni?mak punya apron yer.



.

`In House Training` by ~Pn Intan Syafinas~

Pada 8 April Panitia seni mengadakan bengkel semakan kertas Pendidikan Seni daripada Pn Intan...banyak ilmu yang dikongsikan bersama guru mengenai cara semakan kertas seni...Sharing Is Caring..mari kita tengok....
Penuh konsentrasi Pn Intan memberi tunjuk ajar

Pn Suraya juga turut serta

Pn Siti Saayedah,Cik Noraini n Cik Hidayu




Ini Cik Hidayu..Cikgu baru kita...tinggi lampai tuanya..:)
.

School song makeover

Selamat Sejahtera SMKCS..Untuk pengetahuan semua..rakaman lagu sekolah telah hasilkan semula oleh pelajar SMCS....untuk keterangan lanjut boleh layari Blog Pengetua....thanks a lots...

Dari Tinta Pengetua----------> 

DiGi LIVE Sekolahku Berbakat

Syarat-syarat Pertandingan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur 12-19 tahun di Malaysia sahaja. Tiada bayaran diperlukan dan penyertaan di buka kepada ke semua pelajar tidak kira samaada mereka pelanggan DiGi atau tidak.
  2. Pertandingan ini berasaskan "Berpasukan" dan setiap pasukan wajib terdiri daripada sekurang-kurangnya dua hingga enam orang ahli pasukan.
  3. Kesemua ahli pasukan wajib datang dari sekolah yang sama.
  4. Penyertaan pasukan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah berlainan tidak akan diterima
  5. Setiap pasukan wajib mendapatkan pengesahan pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Setiap ahli wajib mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga masing-masing
  6. Setiap pasukan boleh menyertai pertandingan ini di bawah mana mana kategori seperti berikut:
    a. Nyanyian (dengan iringan/ Acapella)
    b. Kugiran (Pop/ Indie/ Akustik
    c. Permainan Alat Muzik
    d. Tarian (Moden/ Kontemporari)
    e. Tradisional (Nyanyian/ Alat Muzik/ Tarian)
  7. Pertandingan ini akan berlangsung dari 28 Februari 2011 sehingga 8 Mei 2011 dan sebarang perubahan tarikh (jika ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  8. Pertandingan ini terdiri daripada beberapa peringkat.
    a. Peringkat Uji bakat
    i. Di setiap zon di mana sesi uji bakat dijalankan, 10 pasukan akan dipilih untuk memasuki peringkat Zon
    ii. Sebelum itu, latihan intensif menerusi bengkel DiGi Live Sekolahku Berbakat akan dijalankan sehari sebelum Peringkat Zon
    iii. Latihan-latihan termasuk tatahias diri, latihan vokal dan 'teambuilding'/bina semangat akan dilaksanakan di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan kemudia
    iv. Setiap ahli pasukan wajib menyertai bengkel ini

    b. Peringkat Zon (Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang)
    i. 10 kumpulan yang terpilih akan bertanding pada peringkat ini dan setiap kumpulan akan menerima markah tersendiri, iaitu >80 Piala Emas; 60-80 piala Perak; 40-59 Piala Gangsa dan <40 Sijil Galakan.
    ii. Dua pasukan yang menerima markah yang paling tinggi akan bertanding di peringkat Kebangsaan

    c. Peringkat Kebangsaan
    i. Setiap pasukan yang diterima di peringkat ini wajib menyertai kem bina semangat di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan
    ii. Kem yang akan berlangsung 3 hari 2 malam ini akan melibatkan latihan intensif; sesi membina semangat, latihan dan kelas tatahias diri dan juga persembahan di khayalak orang ramai
    iii. Pada hari ke-3 kem ini, setiap pasukan perlu membuat persembahan mereka di depan juri dan hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan

    d. Peringkat "Wildcard" menerusi DiGi Youths Facebook:
    i. Video di mana Pasukan yang gagal dalam Peringkat Uji Bakat akan dimuatnaikkan di facebook.com/digiyouths
    ii. Pasukan lain yang tidak berpeluang menyertai Peringkat Uji Bakat juga boleh memuat naikkan video di facebook.com/digiyouths
    iii. Hanya dua pasukan daripada keseluruhan peserta yang bertanding di bawah kategori (i) dan (ii) di atas akan dipilih untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan berdasarkan jumlah undian terbanyak di laman DiGi Youths Facebook
    iv. Penyertaan "Wildcard" bermula daripada 18 Mac 2011 sehingga 4 Mei 2011 dan pihak DiGi akan menghubungi pemenang "Wildcard" pada 5 Mei 2011 dan sebarang perubahan tarikh (jika ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    e. Keputusan juri dalam setiap peringkat adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  9. Hadiah-hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang dalam setiap peringkat:
    a. Peringkat Zon:
    i. Kesemua pasukan peringkat ini akan menerima sijil penyertaan dan gred masing-masing (Emas/Perak/Gangsa)
    ii. Dua pasukan yang berjaya memasuki peringkat Kebangsaan akan mendapat wang tunai RM2,000.00 bagi setiap pasukan dan sekolah mereka masing-masing akan mendapat RM1,000.00.

    b. Peringkat Kebangsaan
    i. Kesemua finalis akan menerima hamper daripada DiGi
    ii. Juara akan memenangi hadiah dan wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan sekolah mereka akan membawa pulang RM3,000.00.
    iii. Juara juga akan memenangi kontrak bernilai RM9,000.00 yang akan dibayar dalam 6 bayaran untuk 6 persembahan DiGi dalam masa 6 bulan dari tarikh Peringkat Kebangsaan (Bukan mandatori)
    iv. Tempat Kedua akan memenangi hadiah dan wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan sekolah mereka RM2,000.00
    v. Tempat Ketiga akan memenangi hadiah dan wang tunai berjumlah RM2,000.00 dan sekolah mereka RM1,000.00
  10. Juara pertandingan ini akan menerima tawaran kontrak daripada Giant-Ants Talent Hub selama 6 bulan untuk persembahan-persembahan DiGi tertakluk kepada kebenaran ibu bapa/ penjaga Juara atau sebab sebab kukuh yang lain yang tidak memungkinkan Juara membuat persembahan tersebut.
  11. Penting:
    a. Setiap persembahan akan diuji dari segi persembahan keseluruhan (40%), pemakaian (20%); kesesuaian persembahan (10%) dan kreativiti persembahan (30%)
    b. Setiap pasukan wajib memastikan pemakaian baju tidak menonjolkan mata, dan menutup >70% badan
    c. Hanya peralatan muzik ini yang akan disediakan dalam setiap peringkat:
    i. Backline termasuk drum
    ii. Sistem PA
    d. Untuk kategori nyanyian, anda perlu membawa Minus One sendiri. CD Karaoke boleh diterima.
    e. Setiap pasukan wajib membuat laporan kepada pihak penganjur mengenai status kesihatan fizikal mana-mana ahli pasukan yang mengidap apa jua penyakit yang membahayakan dirinya waktu pertandingan dijalankan
    f. Insurans untuk setiap ahli kumpulan akan dibeli untuk finalis Peringkat Kebangsaan sahaja.
    g. Mana-mana ahli pasukan yang didapati merokok, minum arak, dan berlawan atau mengakibatkan sebarang gangguan kepada perjalanan pertandingan akan dibatalkan penyertaannya
    h. DiGi dan segala agensi-agensi DiGi tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemalangan yang tidak dijangkakan berlaku di sepanjang pertandingan ini.
    i. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali untuk menyertai pertandingan ini lebih daripada sekali dan penyertaan kali kedua pelajar tersebut (dalam kumpulan yang lain) akan dibatalkan.
    j. Pengarah, pegawai dan kakitangan DiGi atau syarikat sekutunya, anak syarikat, ejen, perunding profesional, agensi pengiklanan dan promosi, rakan pembekal serta keluarga terdekat mereka adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
    k. Kegagalan untuk melengkapkan dan menyerahkan Borang Penyertaan Pertandingan dalam tempoh yang dinyatakan akan menyebabkan penyertaan tersebut terbatal. Semua Borang Penyertaan Pertandingan adalah hak milik DiGi. Maklumat di dalam borang tersebut boleh digunakan untuk apa-apa tujuan oleh DiGi dan tidak akan dikembalikan.
    l. Semua peserta diwajibkan untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga yang sah mengenai penyertaan mereka di pertandingan ini. Borang keizinan dan pelepasan daripada ibu bapa atau penjaga sah mestilah diisi dan disertakan sekali apabila pendaftaran dibuat.
    m. DiGi berhak mengubah mana-mana terma dan syarat pertandingan ini dari semasa ke semasa.
PENTING MESTI MENDAPAT KELULUSAN SEKOLAH TERLEBIH DAHULU..
UNTUK SMK CONVENT SENTUL SILA BERJUMPA DENGAN PN.NIK SYAZWANI

TOK BALI Pusat Pelancongan & Pendaratan Ikan

Salam satu malaysia..oleh kerana seni itu indah dan sharing is sharing..hari ini cikgu nak share salah satu tempat menarik yang terdapat di kelantan..Tok Bali dahulunya merupakan sebuah pusat Pendaratan Perikanan yang terbesar di semenanjung Pantai Timur. Terminal ini mengandungi jeti pendaratan, gerai jualan ikan, gerai jualan sayur serta ruang pejabat yang kesemuanya terletak di kawasan seluas lapan hektar.
pada musim cuti sekolah ini sudah tentu banyak majlis perkahwinan yang berlansung...begitu juga dengan cikgu sempat juga menjengah ke majlis perkahwinan kawan yang berlangsung di Tok Bali kelantan...Pelamin dia cantik..jom tgk jap...
Cantik kan Pelaminnya..ini juga seni yer..kreativiti
Sesudah pulang dari majlis cikgu sempat menyinggah d terminal pendaratan ikan Tok Bali. Bagi cikgu pengalaman ini sangat berharga dapat melihat para nelayan yang baru tiba di daratan untuk memungah ikan yang segar untuk di edarkan kepada para pemborong ikan atau dikenali sebagai` tok peraih` dalam loghat kelantan.  Bertong-tong ikan di naikkan di daratan dan ikan itu akan diasingkan terlebih dahulu mengikut saiz. Di sana juga cikgu dapat melihat bahawa dari laut punca pendapatan utama penduduk kawasan Tok Bali.... Ibu dan anak-anak nelayan juga ramai yang menunggu di terminal untuk menyambut kepuangan ayahnda mereka dari laut. Bagi cikgu pengalaman ini sungguh berharga, di situ juga ramai pelancong yang datang untuk melihat sendiri para nelayan yang tiba di pengkalan.
Ikan segar mari-mari

Makcik bertopi sedang sabar menunggu ikan sampai untuk di asingkan mengikut size

Ramaikan.sangat meriah pada petang itu...
 Lokasi yang terakhir yang sempat cikgu singgah ialah di villa daniala Tok Bali...memang tempat ini sangat indah menarik dan romantik...harganya juga sangat mahal.resort ini sangat Privacy...Jom tengok
Angin sepoi sepoi meniup langsir putih d resort itu..Sunyi je
arhhhhhh sungguh nyaman..kolam berhadapan dengan laut..teruja..abaikan yang berbaju merah itu :)
Teratai bunga indah tumbuh di Resort itu

Merentas Desa 2011

Merentas desa SMK Convent Sentul pada 5 mac yang berlangsung secara gilang gemilang d Taman Tasik Titiwangsa...mari kita lihat candid..Jom
Tahniah Mekalah

Pose menarik daripada Ketua Panitia Seni Visual Pn.Intan...peeweett
Amboi bersemangatnya pelajar SMKCS nie...
Guru Guru Berposing bersama Pn.Pengetua
Tahniah Kepada semua pemenang.

Please Promote Our Art Blogspot..We Sharing Is Caring


Teaching students about art is a good idea—here's why:
  • It's been proven that early exposure to visual art, music, or drama promotes activity in the brain.
  • Art helps student understand other subjects much more clearly—from math and science, to language arts and geography.
  • Art nurtures inventiveness as it engages children in a process that aids in the development of self-esteem, self-discipline, cooperation, and self-motivation.
  • Participating in art activities helps children to gain the tools necessary for understanding human experience, adapting to and respecting others' ways of working and thinking, developing creative problem-solving skills, and communicating thoughts and ideas in a variety of ways. 
Thanks for follower..dear my lovely student please promote Panitia Seni blog to all of your friends....here we sharing everything about art... Think...Without art is what...?

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI