Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

Kursus Perintis Bengkel Gamelan 2012 di SMK SERI SAUJANA

Seramai 8 orang pelajar SMKCS telah terpilih untuk mengikuti kursus Bengkel Gamelan  di SMK Seri Saujana, Bengkel ini sangat istimewa kerana pelajar  di ajar asas asas cara bermain alat muzik Tradisonal Gamelan...Tenaga Mengajar ialah terdiri daripada Pemain Gamelan dari Istana Budaya,..
Di bawah ni ialah tenaga pengajar kami semasa di SMK Seri Saujana..diorang mmg hebat awesome...
Melihatnya secara langsung sangat hebat...Teasara berada di Zaman Kesultanan :) ..

Sekitar Bengkel perintis Gamelan....


Add caption











 


Guru terlebih dahulu di beri tunjuk ajar cara bermain gamelan...

Tenaga Pengajar Professional..

PERSOALANYA..MAMPUKAH SMKCS MASUK PERTANDINGAN GAMELAN DI ISTANA BUDAYA PADA 11 FEB 2012 ? Sekolah kita tidak mempunyai peralatan untuk Gamelan..
baca lebih lanjut mengenai Gamelan ------>  http://gamelan.terengganu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=24&lang=ms


Gong Xi Fa Cai

Gong Xie Fat Cai buat semua warga SMKCS ,may GOOD HEALTH, PEACE, PROSPERITY,HAPPINESS and LONGETIVITY be with you and great SUCCESS in making BETTER & GREATER THINGS HAPPEN! AMIN.

happy new year


Selamat Datang Pelajar Tingkatan Satu

Form 1: slmat dtg ke skola
Menengah...
Form 2: jgn bnyk main tahun
dpn PMR......
Form 3: thun ni kamu PMR
buat elok2 nk tentukn
kamu masuk aliran ap
tahun dpn.....
Form 4: jgn ingat
"HONEYMOON" thun
ni yerrr!!.....
Form 5: thun nih SPM jgn nk
"bercintaaa",masa dpn
kamu tuuu...

Moral of da storyy.....
berusahalah untuk kejayaan masa depan
jadilah pelajar yang hebat dan cemerlang dari segi kokurikulum, akdemik dan sahsiah
Pelajar Convent Sentul Gemilang...

Good Luck to all SMKCS SPM 2011

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES STARTED
WITH ONLY ONE STEP.
GOOD LUCK IN YOUR EXAMS
AS IT IS THE FIRST STEP OF YOUR CAREER.




Be courageous Be calm and be self equipped with facts and figures to conquer this exams battle. wish to all students  best of luck in your exam.. Lovely days in  life, Childhood days, School days & collage days, Horrible days is Exam days..:P

Hasil Karya Pelajar Tingkatan 2...

 Berikut ialah soalan seni halus bagi peperiksaan pertengahan tahun 2011

1.   Dalam sebuah hutan, terdapat pokok-pokok yang tinggi di samping pokok-pokok renek. Kelihatan sebatang pokok di ruang hadapan yang mempunyai akar banir yang menjalar dan melilit antara satu sama lain.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan pada bentuk, ruang dan   jalinan akar tersebut.
2.  Anda berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kelihatan beberapa ekor rama-rama sedang terbang  mengelilingi taman tersebut.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan keindahan persekitaran yang berwarna-warni supaya menghasilkan gubahan yang indah, menarik dan harmoni.               

3.      Kelihatan longgokan buah-buahan tempatan seperti tembikai, betik, pisang, nenas,  manggis dan langsat terletak di dalam sebuah bakul. Bersebelahan bakul kelihatan mangkuk, botol kicap dan sos . 
 Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi, bentuk dan jalinan.
  
4.      Anda sedang bermimpi mengenai kapal angkasa yang unik dan menarik  menerokai ruangan angkasa lepas, kelihatan cahaya lampu menerangi ruang angkasa tersebut.
Lukiskan gambaran  yang menakjubkan itu  dengan memberi penekanan kepada ruang,warna dan pencahayaan.

5.      Suasana pagi di pingir sungai sungguh indah. Kelihatan beberapa buah sampan tersadai di tepi sungai tersebut.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan sampan tersebut.

6.      Di atas sebuah meja terdapat sebiji kek hari jadi yang sangat menarik dengan di terangi lilin, di tepi kek tersebut pula terdapat beraneka kek cawan yang sangat menarik, dan terdapat juga pelbagai hidangan makanan untuk  sambutan hari jadi.

        Lukiskan gambaran ini dengan memberi penekanan terhadap kadar banding yang betul. 

Berikut merupakan antara koleksi karya pelajar yang berjaya mengunakkan kreativiti mereka dalam mengolah karya menggambar bagi kertas seni halus..TAHNIAH...SENI ITU INDAH











Karya Joyce Tan 2k









CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI