PERANCANGAN STRATEGIK
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2008-2012
KONSEP ASAS:
Program yang merangkumi aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kandungan sukatan pelajaran
PENGENALAN :
Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreatiuviti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendsalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan..
RASIONAL:
Program yang terancang dan bersistematik dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif dan inventif
MATLAMAT:
Murid dapat marasai kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat mernyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
OBJEKTIF:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
1. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
2. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
3. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mencipta barangan kraf dan produk seni
4. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
ANALISIS SWOT MATA PELAJARAN SENI VISUAL
OBJEKTIF | KEKUATAN | KELEMAHAN | PELUANG | CABARAN |
Memastikan pelajar dapat menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual | Keperluan alatan yang mencukupi | Sikap negatif pelajar | Panitia mata pelajaran yang proaktif | Sukatan pelajaran yang terlalu luas |
Memupukkan minat pelajar terhadap seni | Pelbagaikan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran | Kekurangan guru mengikut opsyen | Demonstrasi guru berdasarkan kemahiran yang diajar | Kekangan masa |
Meningkatkan peratus cemerlang dan lulus | Guru-guru terlatih | Kekurangan guru mengikut opsyen | Tunjuk cara yang berinteraktif dengan pelajar | Kekangan masa dan sikap pelajar yang tidak berminat |
SEKOLAH MENENGAH CONVENT SENTUL. KUALA LUMPUR
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 2011
PELAN STRATEGIK
BIL | NAMA PROGRAM | OBJEKTIF | AKTIVITI | TEMPOH MASA | PELAKSANAAN | INDIKATOR KEJAYAAN /TOV | ETR |
1. | SENI HALUS | Meningkatkan kemahiran murid melalui penggunaan media lukis dan catan | 1. Pertandingan Lukisan Media Kering 2. Pertandingan Catan 3. Folio Kerja Kursus 4. Modul Lukisan | 1 Tahun (Jan-Okt) | Ketua Panitia Semua guru Pendidikan Seni Visual | % murid minat dan prestasi kemahiran pelajar 7.53 % gred C 8.6% dapat gred D | 12 % gred D 3% dapat gred D |
2. | SKOR TEORI SENI | Meningkatkan peratus cemerlang dan lulus |
| 1 Tahun (Jan-Okt) | Ketua Panitia Semua guru Pendidikan Seni Visual | Meningkatkan peratus lulus dalam kertas teori dan kertas seni halus 100% lulus Gred purata 3.94 | 100% 3.77 |
3. | SENI GRAFIK | Meningkatkan pengetahuan murid terhadap komunikasi visual | 1. Pertandingan poster 2. Folio 3. Demonstrasi Seni 4. Pameran Seni | 1 Tahun (Jan-Okt) | Ketua Panitia Semua guru Pendidikan Seni Visual | Meningkatkan kemahiran mereka cipta poster | - |
0 comments:
Post a Comment