Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

Seni Halus

Lukisan Teknik Titik (Pointillism)



Lukisan Teknik Titik

Salah satu daripada teknik lukisan adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.

Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap

Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap
Contoh:
perbezaan dari ton gelap ke cerah

Catan Cat Air



Alatan dan Bahan

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
 2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah

cat air dalam tiub

cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula

cat air jenis kek

pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura

Gam arab



Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan  cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas. Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri.

Proses Catan Cat Air

1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.

5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

Contoh-contoh Catan Cat Air








TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah

BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.


catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING


Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.


Catan teknik kering atas kering

0 comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI