Hari Kraf Kebangsaan 2011 merupakan rangkuman pelbagai aktiviti istimewa promosi dalam promosi selain dari aktiviti utamanya iaitu jualan produk kraf. Selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kraf, pameran penggunaan teknologi dan bahan baru akan dipertontonkan kepada umum contohnya mesin pemati warna untuk industri batik. Selain dari itu Pameran Kelengkapan Rumah, Pameran Seni Ukir Dalam Seni Bina dan Pameran Kraf Warisan Teknologi turut dipamerkan.
Elemen pendidikan yang diterapkan pada Hari Kraf Kebangsaan direalisasikan melalui aktiviti Pendidikan Kraf dan Apresiasi Kraf yang merupakan program perkongsian idea dan ilmu yang akan memfokuskan perbincangan kepada Teknik Pembuatan Logam Bahan Campuran Seramik, Tenun Palembang dan Aplikasi Pewarna Glaze. Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan sebagai pencambahan ilmu.
Pengunjung-pengunjung Hari Kraf Kebangsaan berpeluang melihat sendiri pembuatan songket dan tenunan melalui aktiviti demonstrasi kraf tenunan. Hari Kraf Kebangsaan juga memperlihatkan penglibatan di peringkat antarabangsa melalui demonstrasi dari negara Filipina Tenunan Serat Nanas, Indonesia Tenunan Limar, Bangladesh Tenunan Jambadi dan Tenunan dari negara Uzbezkistan dan China.
Peluang usahawan-usahawan kraf memasarkan produk ke peringkat antarabangsa juga terbuka luas dengan penganjuran aktiviti perjumpaan pembeli. Sebanyak 30 pedagang dari luar negara akan menyertai aktiviti ini dan berurus niaga bersama pengusaha kraf tempatan.Persembahan Kesenian dan demonstrasi masakan kuih tradisional menjadi pelengkap kepada Hari Kraf Kebangsaan.
Tarikh :23 Feb 2011 - 07 Mac 2011
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment