Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

Soalan tentang FAIL PBS

Soalan tentang FAIL PBS ini ialah soalan megenai PBS psv untuk kefahaman guru2....saya amik keterangan ini d http://www.pbsseni.com/2012/04/soalan-tentang-fail-pbs.html tqvm di harap keterangan ini dapar membantu guru2 utk memahami pbs psv dengan lebih cepat Fail di cadangkan oleh Pihak Operasi Lembaga Peperiksaan ialah dua (2) sahaja, iaitu fail perkembangan murid . Semua pelajar WAJIB ada fail ini. Semua eviden mereka dimasukkan didalamnya ( terbaik diketika cikgu taksir) dan dalam fail itu dicadangkan buat pembahagian untuk matapelajaran supaya hanya 1 fail sahaja untuk setiap pelajar. Kenapa 1 fail kenapa tak ada 10 fail.. satu matapelajaran satu fail.. antara faktor lembaga bagi cadangan macam ini sebab masalah penyimpanan. Banyak tu.. nak simpan fail jek.. Dan 1 lagi ialah Fail Showcase.. Isi fail ini ialah eviden terbaik pelajar sama ada 1 fail untuk 1 kelas atau 1 fail untuk 1 tingkatan.. pilih la mana satu. Caranya lebih kurang sama ngan fail pelajar pelajar Cuma.. dalam fail showcase ini ialah eviden terbaik dari yang terbaik seseorang pelajar. Maksudnya.. JIka Ahmad adalah pelajar yang terbaik dan mempunyai eviden terbaik dalam matapelajaran seni bagi keseluruhan tingkatan, maka eviden Ahmad hendaklah dipindahkan ke fail sHowcase. Pergerakan eviden ini hendaklah dicatatakn dalam fail perkembangannya. Macam seperti yang sy dah tulis dalam jawapan kepada soalan Aidalie, ialah Pihak sekolah cikgu berhak untuk membuat banyak fail , nak buh 10 fail ke.. 12 fail ke.. 1 matapelajaran 1 fail ke.. tetapi keputusan itu hendaklah dibuat dalam mesyuarat PBS sekolah dan hendaklah dipersetujui oleh semua dan diminitkan. Banyaknya fail ini sebenarnya ditentukan oleh beberapa faktor antaranya ialah kewangan, pengurusan dan penyimpan ,Minima failnya mestilah 2. 1 fail perkembangan dan 1 fail showcase. Ok.. berbalik kepada kekeliruan mengenai apa sebenarnya yang kena isi dalam fail showcase untuk mata pelajaran seni sahaja. Sebab setiap matapelajaran evidennya berbeza beza. Dalam fail Showcase, mesti ada eviden terbaik dari yang terbaik sama ada dalam kumpulan 1 fail showcase untuk 1 kelas atau 1 fail showcase untuk satu tingkatan. Apa yang bakal sy terangkan ialah contoh untuk 1 fail bagi 1 tingkatan. Jika tingkatan satu (tahun semasa) ada 5 kelas dengan jumlah pelajar ialah 150orang. Fail showcasenya ada 1 sahaja. Maka dalam Fail showcase tu hanya menyimpan eviden terbaik antara terbaik dalam 150 orang pelajar tersebut bagi setiap matapelajaran. ( dalam 1 fail showcase isikan semua matapelajaran. Buat partition/pembahagian ). OK..cikgu dan my dear friend semua.. cikgu cikgu clear tak penerangan saya ni.. ( hahah ayat ni selalu sy guna..clear water) Eviden terbaik yang dimaksudkan yang harus disimpan didalam fail showcase untuk matapelajaran seni bermaksud…. Dalam Pendidikan seni visual tingkatan 1, ada 7 aktiviti yang wajib kita taksir. (ini tak termasuk yang band 1 dan 2 ekk sebab kita membicarakan yang terbaik. Ada yang terkeliru.. maksud yang terbaik ialah 7 aktiviti yang kita taksir itu.. yang terbaik daripada 7 aktiviti tu kita masukkan dalam fail showcase. Contonya aktiviti Arca yang terbaik daripada 7 aktiviti tu.. maka hanya Arca sahaja dimasukkan dalam Fail Showcase.. hehhehe SALAH TU CIKGU.. saya perbetulkan ye.. kalau cikgu dah dapat maklumat begitu.. ok cikgu. Macam ni sebenarnya…jeng.. jeng.. jengg… 7 aktiviti yang sy maksudkan ialah: 1. Lukisan 2. Catan 3. Arca 4. Cetakan 5. Poster atau papan tanda 6. Tembikar 7. Anyaman Ok.. ini yang sy maksudkan dengan aktiviti. Maka kesemua eviden terbaik untuk aktiviti ini mestilah dimasukkan dalam dalam fail Showcase. Bukan 1 daripada aktiviti diatas. Salah.. salah.. salah.. hehhee.. contohnya untuk aktiviti catan.. Ali bin Ahmad mendapat band 6 bagi aktiviti ini.. maka eviden Ali bin Ahmad simpan dalam fail showcase, Untuk Lukisan mungkin eviden Abu pulak.. cam tu la.. so minima dalam fail showcase eviden terbaik bagi matapelajaran seni wajib ada 7 hasil karya berdasarkan aktiviti diatas. Itu hanya untuk karya sahaja.. untuk eviden lain pulak.. contoh B6D4E1 Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri, warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar Negara. Hendaklah di simpan juga yang terbaik juga. Eviden terbaik yang dipindahkan ke fail showcase hendaklah ditulis pergerakannya didalam fail pergerakan. Bila ia bergerak dan dimana ia diletakkan. Ok.. siapa plak yang kena masukkan eviden dalam fail Showcase ni??? Hahha jawapannya ialah GURU MATAPELAJARAN la.. kalau suh s.u pbs.. tumpo dema weh .. bukanya dema paham mana satu nak masukkan..hehee..sebab mereka ya tahu siapa yang terbaik. Fail Showcase tu kenalah diletakkan dikawasan yang mudah dicapai oleh guru. Jgan masuk Peti Besi.. kang payah cikgu nak kuar masuk kan eviden.. Bila la masa nak masukkan nya dalam fail Showcase.. masukkanlah bila bila masa yang cikgu rasa sesuai.. kalau nak letak tarikh pun buleh.. bincang la dalam mesyuarat PBS.. ok cikgu..

0 comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI