1. Dalam sebuah hutan, terdapat pokok-pokok yang tinggi di samping pokok-pokok renek. Kelihatan sebatang pokok di ruang hadapan yang mempunyai akar banir yang menjalar dan melilit antara satu sama lain.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan pada bentuk, ruang dan jalinan akar tersebut.
2. Anda berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kelihatan beberapa ekor rama-rama sedang terbang mengelilingi taman tersebut.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan keindahan persekitaran yang berwarna-warni supaya menghasilkan gubahan yang indah, menarik dan harmoni.
3. Kelihatan longgokan buah-buahan tempatan seperti tembikai, betik, pisang, nenas, manggis dan langsat terletak di dalam sebuah bakul. Bersebelahan bakul kelihatan mangkuk, botol kicap dan sos .
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi, bentuk dan jalinan.
4. Anda sedang bermimpi mengenai kapal angkasa yang unik dan menarik menerokai ruangan angkasa lepas, kelihatan cahaya lampu menerangi ruang angkasa tersebut.
Lukiskan gambaran yang menakjubkan itu dengan memberi penekanan kepada ruang,warna dan pencahayaan.
5. Suasana pagi di pingir sungai sungguh indah. Kelihatan beberapa buah sampan tersadai di tepi sungai tersebut.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan sampan tersebut.
6. Di atas sebuah meja terdapat sebiji kek hari jadi yang sangat menarik dengan di terangi lilin, di tepi kek tersebut pula terdapat beraneka kek cawan yang sangat menarik, dan terdapat juga pelbagai hidangan makanan untuk sambutan hari jadi.
Lukiskan gambaran ini dengan memberi penekanan terhadap kadar banding yang betul.
Berikut merupakan antara koleksi karya pelajar yang berjaya mengunakkan kreativiti mereka dalam mengolah karya menggambar bagi kertas seni halus..TAHNIAH...SENI ITU INDAH
Karya Joyce Tan 2k |
0 comments:
Post a Comment