Buscar

click click

ART TEACHERS SMKCS

ART TEACHERS SMKCS

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan Piala Pusingan Datuk Bandar dan replika cek kepada Pengetua SMK Convent Sentul, Tan Tee Hwa

Jadikan CSR platform jayakan LA21 KL


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan Piala Pusingan Datuk Bandar dan replika cek kepada Pengetua SMK Convent Sentul, Tan Tee Hwa (kiri) pada majlis Anugerah Kecemerlangan Projek Bintang Cemerlang Bandaraya Sejahtera LA21 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut kelihatan, Ahmad Fuad Ismail.


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mahu lebih banyak syarikat swasta tampil menggunakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka sebagai platform untuk menjayakan Program Agenda Tempatan 21 (LA21) Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selaku rakan kongsi, penglibatan mereka amat diperlukan untuk bersama-sama merancang, mencapai kata sepakat dan bertindak terhadap isu-isu yang mempengaruhi kualiti kehidupan masyarakat.
Beliau berkata, projek Bintang Cemerlang Bandar Raya Sejahtera dengan kerjasama Sentul Raya Sdn. Bhd. sejak empat tahun lalu antara contoh terbaik kerana ia bukan sekadar satu program CSR bagi syarikat itu tetapi satu komitmen yang berkait rapat dengan kejayaan projek Urban Renewal Sentul yang sedang dilaksanakan.
"Matlamat program ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan holistik pelajar menerusi kejayaan akademik tetapi juga penghayatan terhadap seni, pemuliharaan alam sekitar serta kecemerlangan sukan.
"Kesemua itu adalah seiring dengan matlamat LA21 KL yang mahu melahirkan modal insan yang bukan sahaja mampu menguasai ilmu dan kemahiran tetapi juga berketerampilan dan berperibadi mulia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Pusingan Datuk Bandar Ke-4 bagi Projek Bintang Cemerlang Bandaraya Sejahtera LA21 KL di sini baru-baru ini.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Pengerusi LA21 KL, Datuk Normah Malik dan Pengarah Eksekutif Sentul Raya, Datuk Seri Micheal Yeoh.
Tambahnya, program yang pada mulanya hanya melibatkan lapan buah sekolah di Sentul, kini telah berkembang dengan penglibatan 20 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul dipilih sebagai johan sekali gus menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan Piala Pusingan Datuk Bandar.
Naib Johan disandang SMK Sri Pantai diikuti tempat ketiga, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Chi Man manakala bagi Kategori Sekolah Berpotensi, SJK (Tamil) St. Joseph dipilih sebagai pemenang.

1 comments:

sachacaceres

JH Marriott Casino Las Vegas, NV Jobs - JetBlue
JH Marriott Casino Las 서산 출장안마 Vegas, NV Jobs. JH Marriott Hotel and Casino Las Vegas, NV jobs. JH Marriott 통영 출장샵 Hotel and 목포 출장안마 Casino Las Vegas, NV jobs. JH 김제 출장마사지 Marriott Hotel and Casino Las Vegas, NV jobs. JH 구리 출장샵 Marriott Hotel and Casino Las Vegas, NV jobs.

Post a Comment

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI

CARTA ORGANISASI PANITIA SENI